JKR Rompin telah menampal lubang jalan ke Kg Kurnia

 

 ATM membantu Agensi Pengurusan Bencana Negeri Sabah di bawah insiatif Dewan Bandaraya Kota Kinabalu bagi penghantaran pembungkusan bakul makanan kepada penduduk tempatan yang terjejas di zon merah kerana PKPB.

MENAIKTARAF BUMBUNG GELANGGANG KG SETAJAM
 
Melalui Bajet 2018 iaitu Belia & Sukan, menaiktaraf gelanggang futsal  dan gelanggang serbaguna. Ada yang mencadangkan supaya semua gelanggang futsal dan gelanggang serbaguna di luar bandar dinaiktaraf berbumbung supaya ianya boleh digunakan sepenuhnya walaupun pada hari hujan sebagaimana yang telah diperolehi oleh semua gelanggang bola keranjang di kampung-kampung baru.
Oleh itu, gelanggang yang sedia ada di Kg Setajam telah dinaiktaraf iaitu dengan menaiktaraf bumbung gelanggang. Ini memberi manfaat kepada belia-belia kampung setempat untuk melakukan aktiviti riadah pada setiap hari.

Kerja menambak tapak Dewan Terbuka Kg Setajam telah dijalankan

Ahli JKKK Kg Setajam mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato Sri Hj Hasan Bin Arifin kerana bagi peruntukan tangki statik di Kg Lantang begitu juga kepada Paip Rompin dan Penghulu Mukim Endau.

Dengan adanya tangki statik dapat meringankan beban penduduk kampung yang terputus bekalan air bersih.