USAHAWAN

Nama

: PUAN ROS ROZIANA BINTI JAAFAR

Umur

: 30 tahun

Ahli

: 2017

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 1 bagi Q3 2017, kami memilih salah seorang Ahli PI Kg Pianggu yang mana beliau merupakan anakjati Kg Setajam. Puan Ros Roziana telah mengikuti kelas keusahawanan di PI Kg Pianggu. Antara kelas yang diikuti oleh beliau ialah kelas keusahawanan dan kelas dashboard My Shop.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Ros Roziana merupakan peniaga warung makanan dan juga menjual pelbagai jenis produk makanan dan kesihatan untuk menambah pendapatan keluarga. Sering berkunjung ke pusat internet dan menggunakan perkhidmatan di pusat internet. Hanya menjual produk menggunakan platform Facebook sahaja selain jualan secara “tidak langsung” Offline.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mempelajari dan mengikuti kelas di PI Kg Pianggu, banyak perkara telah dipelajari dan beliau semakin mahir dalam ilmu keusahawanan dan bagaimana untuk memasarkan perkhidmatan/produk beliau menggunakan pelbagai platform. Pihak petugas PI telah memperkenalkan kepada beliau tentang Aplikasi Dashboard Komuniti yang mana beliau boleh menggunakan aplikasi tersebut untuk memasarkan produk menggunakan My Shop selain Facebook dan Instagram. Beliau juga telah mempelajari cara untuk membuat poster perniagaan, kad perniagaan dan pelbagai asas Microsoft Office untuk memahirkan lagi ilmu yang sedia ada. Beliau kini telah membuka kiosk sendiri dihadapan rumah beliau.

  

USAHAWAN

NAMA : PUAN ZURIATI BINTI ZAKARIA

UMUR : 31 TAHUN

AHLI    : 2017

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 2 bagi Q3 2017, kami memilih salah seorang Ahli PI Kg Pianggu yang mana beliau merupakan anakjati Kg Pianggu. Puan Zuriati Binti Zakaria atau dikenali sebagai Zetty telah mengikuti kelas kelas keusahawanan dan kelas dashboard My Shop.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Zetty merupakan peniaga makanan dan juga membuat pelbagai jenis makanan seperti kek untuk menambah pendapatan keluarga. Sering berkunjung ke pusat internet dan menggunakan perkhidmatan di pusat internet. Hanya menjual produk menggunakan platform Facebook sahaja selain jualan secara “tidak langsung” Offline.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mempelajari dan mengikuti kelas di PI Kg Pianggu banyak perkara telah dipelajari dan beliau semakin mahir dalam ilmu keusahawanan dan bagaimana untuk memasarkan perkhidmatan/produk beliau menggunakan pelbagai platform. Pihak petugas PI telah memperkenalkan kepada beliau tentang Aplikasi Dashboard Komuniti yang mana beliau boleh menggunakan aplikasi tersebut untuk memasarkan produk menggunakan My Shop selain Facebook dan Instagram. Beliau juga telah mempelajari cara untuk packing produk beliau sendiri.