Nama

 NURUL AIDA SOFIA BT MOHD SOFIAN

Umur : 13 tahun
Ahli : 2022

 

Latar belakang

Untuk Kisah Kejayaan kali ini, kami memilih salah seorang Ahli PEDi Kg Pianggu untuk bahagian Celik IT. Adik Aida merupakan salah seorang pelajar di SK Pianggu. Pada Mac 2023 iaitu pada pembukaan sesi 2023, adik Aida telah diminta oleh guru kelas untuk menyediakan jadual kelas untuk diedarkan kepada rakan-rakan kelasnya. Oleh kerana kurang mahir menggunakan komputer, adik Aida telah datang ke PEDi untuk meminta bantuan petugas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti sesi kelas di PEDi, Adik Aida tidak mahir menggunakan komputer terutamanya berkaitan menaip dan fungsi keyboard.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah penglibatan dengan PEDi, beliau diajar cara menggunakan MS Office. Kini beliau mahir menggunakan segala aplikasi dibawah MS Office.

Nama

NUR KAMALIA BINTI MOHAMAD SANI

Umur : 10 tahun
Ahli : 2022

 

Latar belakang

Untuk Kisah Kejayaan kali ini, kami memilih salah seorang Ahli PEDi Kg Pianggu untuk bahagian Celik IT. Adik Kamalia merupakan Ahli Pusat Ekonomi Digital sejak bulan 6 2022, baru mengenali Pusat Ekomonoi Digital daripada rakan-rakannya. Beliau kerap datang ke PEDi untuk menggunakan komputer dan belajar disini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti sesi kelas di PEDi, Adik Kamalia mempunyai masalah dalam mengaplikasikan penggunaan komputer terutama web browser.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah penglibatan dengan PEDi, beliau diajar untuk memperbaiki cara penggunaan Web Browser serta mempelajari Microsoft Office dengan mengikuti kelas yang telah dijalankan.

NAMA   : NAJA NAJIHA BT MOHD SANI
UMUR   : 24 TAHUN
AHLI     : 2018

 

Latar belakang

Najiha memang merupakan salah seorang usahawan di komuniti setempat. Perniagaan memang telah menjadi titik tolak dalam membangun ekonomi beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah membuka perniagaan secara atas talian dengan menggunakan facebook sebagai platform pada sebelum ini. Oleh kerana ingin mengembangkan perniagaan beliau cuba untuk melibatkan diri dalam perniagaan secara marketplace pula.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas dan latihan yang diberikan, beliau tahu cara terbaik untuk mempromosikan produknya di shopee.

NAMA   : WAN SYURYATI BINTI WAN MOHD ARSHAD
UMUR   : 35 TAHUN
AHLI     : 2020

 

Latar belakang

Pada 2021 Cik Su telah datang ke PEDi Kg Pianggu bertanyakan bagaimana beliau dapat mempromosikan produk-produk Shopee di media sosial. Kami telah mencadangkan untuk beliau cuba affiliate program kerana kekangan beliau dalam penyediaan produk dan stok.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mendapat bantuan daripada PEDi beliau merupakan surirumah sepenuh masa dan beliau tergerak hati untuk berniaga setelah melihat ramai orang mempromosikan link-link dari shopee di internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas dan latihan yang diberikan, beliau tahu cara terbaik untuk mempromosikan link-link shopee untuk mencapatkan komisyen dari setiap jualan yang dibuat.

Nama

: MOHAMAD A'FIFI ZAFRAN BIN  HAIRUL ANUAR

Umur : 20 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Adik Afifi berasal dari luar Rompin, Beliau telah datang ke sini mengikut keluarganya. Sejak habis belajar di ILP beliau mencari-cari kursus yang boleh beliau hadiri untuk mendapatkan sijil. Akhirnya beliau datang ke PEDi Kg Pianggu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti sesi kelas di PEDi, Afifi tidak mahir menggunakan komputer terutamanya berkenaan dokumentasi dan failing.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah penglibatan dengan PEDi, beliau diajar cara menggunakan MS Office. Kini beliau mahir menggunakan segala aplikasi dibawah MS Office.