Nama

: SAHIDAH BINTI HAPSAH

Umur : 47 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Pusat Internet Malaysia Kg Pianggu yang dikawal selia oleh En Zabli telah memilih Pn Sahidah untuk menyertai kelas keusahawanan di PIK Kg Pianggu. Pn Sahidah merupakan penduduk Kg di komuniti ini. Pn Sahidah berniaga makanan berpantang. Sedikit mengenai petugas PIK iaitu En Zabli, beliau merupakan salah seorang Peniaga Periority Seller di shopee yang telah berniaga lebih dari 4 tahun di shopee. Dengan pengalaman bermula dari peniaga biasa di shopee, kemudian menjadi peniaga preferred, seterusnya menjadi preferred plus, kini pada tahun 2021 beliau akhirnya dilantik menjadi Periority Saller yang mana jualan bulanan wajib mencecah 10 ribu sebulan, Beliau pernah memberi latihan kelas bersama-sama dengan PIhak NGO, Shopee Malaysia, ECER Empower dan pernah dijemput untuk mengajar artis dalam bidang keusahawanan

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbalik kepada puan Sahidah, Sebelum mengikuti kelas yang diadakan oleh PIK Kg Pianggu, Pn Sahidah hanya seorang perniaga kecil-kecilan yang mana pasaran produknya hanya sekitar Rompin sahaja. Jualan bulanan tidak pernah mencapai RM1000 walaupun sudah 2 tahun berniaga. Kekangan dari segi kemahiran menggunakan komputer dan telefon menyebabkan beliau takut untuk mencuba meniaga secara atas talian. Masih teringat kata-katanya yang usianya dah setengah abad, susah untuk belajar ict ni lebih-lebih lagi berniaga secara online.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui berkat kesabaran, dan pihak PIK memujuk Pn Sahidah untuk datang kekelas, beliau akhirnya mengikuti kelas usahawan pertamanya pada Julai 2020 di PIK Pianggu. Dengan hanya berbekalkan smartphone yang terlalu uzur dan hang sentiasa, beliau kini telah menjadi preffered plus seller di shopee dengan pendapatan jualannya sebanyak 10-20 ribu sebulan. Sila rujuk gambar tangkapan layar bagi jualan bulan lepas. Beliau membeli kereta Perodua Aruz akhir tahun lepas 100% dari hasil jualannya di shopee.

Nama

: MUHAMMAD ARIF BIN YAHAYA

Umur : 20 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Celik IT untuk Q3 2021 kali ini kami memilih Adik Muhammad Arif Bin Yahaya lahir pada 13 Julai 2001 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Pahang. Adik Arif  merupakan anak kedua dari 7 orang adik beradik berusia 20 Tahun dibesarkan di Kg Setajam. Adik Arif ditempatkan di dalam kelas rancangan Khas iaitu di Sekolah Menengah Rompin kerana mempunyai masalah pembelajaran. Anak Sulong ini merupakan seorang Abang yang penyayang dan bercita-cita tinggi untuk menjadi pekerja yang beribawa yang berjaya Dibesarkaan di dalam keluarga yang sederhana menjadikan beliau tekad untuk menjadi insan yang berjaya bagi membantu ibu bapanya kelak.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan dengan program anjuran pusat internet, Adik Arif pernah mengikuti ibunya membuat urusan di pusat Internet. Ketika itu beliau hanya melihat rakan-rakan sebaya beliau yang menggunakan perkhidmatan komputer di pusat internet. Kerana keyakinan diri beliau hanya memerhati rakan-rakan sebaya yang rancak bermain dengan komputer sehinggalah pada satu hari salah seorang petugas Pusat internet menyapa beliau dan mengajak beliau bersama-sma mengikuti program yang dianjurkan di pusat internet. Kebetulanpada ketika itu pusat internet akan menganjurkan hari bersama komuniti dan pelbagai aktiviti serta pertandingan akan dilaksanakan sepanjang program tersebut. Bermula dari situlah beliau mula menjinakkan diri dengan pusat internet kerana minat mempelajari komputer yang mendalam ditambah pula kesedaran dalam diri bahawa kepentingan komputer dan teknologi pada masa kini dalam kehidupan seharian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Peringkat awal penglibatan dengan pusat internet, tahap pengetahuan ICT beliau dikategorikan kurang mahir serta kurang keyakinan diri untuk menonjol di kalayak ramai terutamanya dikalangan orang tidak dikenali. Namun sepanjang mengikuti program di pusat Internet, beliau telah mengikuti pelbagai kelas Komputer seperti Asas penggunaan Komputer, Kelas e-learning , kelas email dan kelas Usahawan Atas talian. Ketika menggunakan perkhidmatan internet di Pusat internet, beliau juga banyak dibantu oleh petugas yang bertugas untuk melayari internet dan media sosial seperti facebook dan youtube. Kelas yang diikuti dalam bentuk berkumpulan juga menjadikan beliau lebih yakin untuk bergaul dengan orang ramai. Ini menjadikan beliau lebih bersemangat untuk mempelajari lebih banyak kelas ICT yang dianjurkan di pusat internet untuk menambah ilmu pengetahuan beliau khususnya dalam bidang usahawan.

NAMA   : BARIAH BINTI MUHAMAD
UMUR   : 44 TAHUN
AHLI     : 2012

 

Latar belakang

Pusat Internet Komuniti Kg Pianggu telah memilih seorang ahli daripada program Keusahawanan pada Mac 2021. Kelas latihan dan program yang dijalankan berjalan dengan lancar. Bariah merupakan seorang usahawan di Daerah Rompin.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mendapat bantuan daripada PIK ini, Bariah kurang mahir dalam mempamerkan produk di laman sosial. Bariah juga kurang teratur dalam menyusun atur dokumentasinya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan yang beliau hadiri di Pusat Internet Komuniti Kg Pianggu, beliau kini telah memperbaiki mutu pemaparan produk yang diambilnya dan mampu membuat promosi di laman sosial seperti facebook.

NAMA   : SITI AISAH BT ABDUL RAHMAN
UMUR   : 47 TAHUN
AHLI     : 2018

 

Latar belakang

Pusat Internet Komuniti Kg Pianggu telah memilih seorang ahli daripada program Keusahawanan pada Mac 2021. Kelas latihan dan program yang dijalankan berjalan dengan lancar. Siti merupakan seorang usahawan di Daerah Rompin.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mendapat bantuan daripada PIK ini, Siti kurang mahir dalam mempamerkan produk di laman sosial. Siti juga kurang teratur dalam menyusun atur dokumentasinya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan yang beliau hadiri di Pusat Internet Komuniti Kg Pianggu, beliau kini telah memperbaiki mutu pemaparan produk yang diambilnya dan mampu membuat promosi di laman sosial seperti facebook.

 

Nama

: MUHAMMAD NASRULLAH BIN MATSHUT

Umur : 13 tahun
Ahli : 2010

 

Latar belakang

Untuk Kisah Kejayaan kali ini, kami memilih salah seorang Ahli PIM Kg Pianggu untuk bahagian Celik IT. Adik Nasrullah merupakan Ahli Pusat Internet Komuniti sejak 2010 lagi. Beliau kerap datang ke PIK untuk menggunakan komputer dan belajar disini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti sesi kelas di PIK, Adik Nasrullah mempunyai masalah dalam mengaplikasikan penggunaan komputer terutama web browser.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah penglibatan dengan PIK, beliau diajar untuk memperbaiki cara penggunaan Web Browser dengan mengikuti kelas yang telah dijalankan.