Homestay ialah rumah orang awam yang menyediakan ruang atau bilik untuk disewakan kepada pelancong. Kaedah inap desa ini bagi menampung kekurangan bilik hotel di sesetengah tempat. Sesetengah tempat yang kecil dan terpencil tidak mempunyai hotel, resort, chalet dan sebagainya.

Konsep inap desa dapat menambah pendapatan orang kampung tradisional .Kampung-kampung di Pahang, Perak, Selangor, Terengganu dan negeri-negeri lain berpotensi dijadikan kawasan untuk program inap desa bagi menarik pelancong dari luar negaraKeunikan kampung di Pahang, Perak , Sarawak dan Sabah seperti sistem kemasyarakatan, kehidupan, sosial, keadaan geografi serta sistem ekonomi, boleh menarik perhatian pelancong luar untuk mendekatinya.

Pelancong Jepun dan Eropah tidak lagi berminat melihat bangunan tinggi dan bandar besar, sebaliknya mereka ingin mengetahui budaya dan cara hidup masyarakat tempatan serta kesenian dan masakan tradisional negara yang mereka lawati.Pelancong juga didapati lebih berminat tinggal di kampung bersama keluarga angkat bagi membolehkan mereka mengetahui adat budaya dan kesenian masyarakat tempatan.Malaysia mensasarkan seramai 13 juta pelancong melawati negara ini pada tahun 2007 dan pelbagai program disusun bagi mencapai sasaran itu.Tahun 2001, lebih 10 juta pelancong melawat Malaysia dengan hasil pendapatan sebanyak RM200 bilion.

HOMESTAY TERKENAL SEKITAR PEDi KG PIANGGU 

Homestay Tg Gemok berada hanya 4.6 km sahaja dari Pusat Ekonomi Digital Kg Pianggu. Homestay ini menawarkan rumah tamu dan bilik tamu untuk disewa oleh pelancong. Berada di kawasan perkampungan serta menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti wifi, tv, & aircond.

Alamat: Homestay Tg Gemok

             No. 615A, Jalan Masjid

             Kg tanjong Gemok,

             26820 Kuala Rompin, Pahang

No. Tel : Md Noor  Bin A Rahman

              (019-9765176)

Koordinat : 2 40'17.1"N 103 36'39.0" E

 

PELANCONGAN
Pelancongan merujuk kepada aktiviti melawat, melancong atau mengembara ke sesuatu tempat lain yang melebihi lima puluh batu dari tempat kediaman tidak lebih dari satu tahun untuk tujuan rekreasi atau mengisi masa lapang. Menurut Pertubuhan Pelancongan Sedunia, iaitu salah satu badan PBB, pelancongan juga merujuk kepada aktiviti perkhidmatan kepada pelancong.
 
Di Tanjung Gemok terdapat perkhidmatan penginapan seperti hotel. Hotel yang terdapat berhampiran kawasan ini ialah Hotel Jeti Tg Gemok. Kemudahan yang selesa diberikan kepada para pelancong yang ingin berhenti seketika sebelum meneruskan perjalanan ke Pulau Tioman.
 

Setiap tahun JKKK Kg Setajam menganjurkan Pesta Menuai Paya Setajam yang merupakan aktiviti tahunan. Pelbagai aktiviti sukan sawah telah dijalankan melibatkan penduduk tambah. Pesta ini telah menjadi acara wajib dalam kalendar tahunan Kg Setajam. Pesta ini boleh dijadikan sebagai suatu aktiviti pelancongan kepada penduduk luar kawasan Kg Setajam.

 

Sejarah Kafe (Cafe)

Istilah cafe berasal dari bahasa Perancis yang secara harfiah artinya (minuman) kopi, namun digunakan sebagai nama tempat dimana orang-orang berkumpul atau sekadar bersantai untuk melepas penat setelah penat bekerja sambil minum kopi. Seiring perkembangan, kafe bukan hanya menyediakan kopi, tetapi juga minuman lain serta makanan ringan.

Kafe biasanya tidak menyediakan menu makanan utama namun hanya menyediakan minuman dan makanan ringan sebagai menu hidangan dan ada juga yang menyediakan live musik sebagai hiburan bagi para pengunjung yang datang.

Lokasi kafe biasanya berada di sekitar kawasan tertumpu dengan didekorasi dan dihias dengan baik agar memiliki suasana yang lain sehingga akan dapat memberikan kesan tersendiri bagi setiap pengunjung yang datang. Contoh kafe yang ada di sekitar kawasan PI1M Kg Pianggu ialah Universal Phone Cafe yang terletak di Medan Muara Tanjung Gemok. Hanya 7km sahaja dari PI1M Kg Pianggu. Pemilik cafe tersebut adalah penduduk Kampung Pianggu sendiri.

 phone cafe

UNIVERSAL PHONE CAFE

UNIVERSAL PHONE CAFE menyediakan masakan panas, western  dan pelbagai jenis air sesuai dengan keadaan cafe yang santai dan tenang.Menarik minat golongan remaja untuk berkumpul. Ia juga mendapat sambutan yang hangat daripada penduduk setempat kerana cafe ini dijadikan tempat untuk merai sambutan hari jadi atau ulang tahun.

Alamat : Universal Phone Cafe

              MM6 Medan Muara, Tanjung Gemok

              Rompin Pahang.

TERMINAL FERI TANJUNG GEMOK

Terminal Feri Tanjung Gemok adalah pintu masuk ke Pulau Tioman. Dibina pada tahun 1994, terminal ini mempunyai keluasan 25 ekar. Kemudahan termasuk tujuh kaunter tiket dan kaunter bagasi, Pusat Maklumat, Pejabat Kastam, Pejabat Jabatan Perikanan, Pejabat Jabatan Marin, restoran serta tempat letak kereta berpagar untuk kira-kira 100 kenderaan. Pengunjung boleh mendapatkan banyak resort dan chalet yang berpatutan di sekitar kampung berdekatan. Terdapat juga kampung Orang Asli yang berhampiran untuk dikunjungi.