TARIKH PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH

"Setelah mengambil kira pandangan dan nasihat KKM dan MKN, KPM telah menetapkan bahawa tarikh pembukaan semula sekolah untuk murid kelas peperiksaan awam iaitu SPM, SVM, STPM dan STAM serta peperiksaan antarabangsa yang setara bagi seluruh negara adalah pada hari Rabu, 24 Jun 2020"

Dr. Radzi Jidin
Menteri Kanan Pendidikan

 

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Sarang Tiong telah dibuka pada 01 September 1962. Guru besar yang pertama ialah Encik Abdul Kadir bin Awang. Pada awal sesi persekolahan 1963 terdapat 52 orang murid dengan empat orang guru termasuk seorang guru sementara yang mengajar Bahasa Inggeris dan lima bilik darjah.

Nama sekolah ini diambil sempena nama Kampung Sarang Tiong iaitu tempat di mana sekolah dibina, menurut kisahnya dinamakan sedemikian kerana terdapat sebatang pokok besar yang didiami oleh burung tiong yang sangat banyak antara dua anak sungai.

Pada awalnya sekolah ini mempunyai padang bola namun pada tahun 2002 tapak padang tersebut telah didirikan bangunan baru. Sebelum itu bangunan lama sekolah terdiri daripada dinding papan sahaja.

PI Kg Pianggu juga turut bekerjasama dengan kakitangan Sk Sarang Tiong jika adanya program sekolah. SK Sarang Tiong merupakan sekolah rendah kedua selepas SK Pianggu. Ada juga murid daripada SK Sarang Tiong telah menjadi ahli PI Kg Pianggu.Oleh itu, mari mengenal logo sekolah SK Sarang Tiong.

KENALI LOGO SK SARANG TIONG..

BENTUK
- Sepasang Gading Gajah : Melambangkan negeri Pahang yang terkenal tokoh sejarah yang bergelar Tok Gajah
- Buku : Melambangkan ilmu pengetahuan
- Obor : Melambangkan semangat kegigihan dan kokurikulum di sekolah
- Kubah Masjid : Melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi

WARNA
- Kuning : Melambangkan warna diraja.
- Hijau : Melambangkan rukun Islam dan agama Islam sebagai agama rasmi.
- Merah : Melambangkan ketegasan, keberanian, bagi mengahadapi segala cabaran
- Hitam dan Putih : Melambangkan warna bendera negeri Pahang.

SANDAKAN, 7 Mei (Bernama) -- Promosi perkhidmatan dan kemudahan yang terdapat di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) sedia ada perlu dipertingkatkan supaya lebih ramai masyarakat menggunakannya secara intensif.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata inisiatif kerajaan mewujudkan PEDi sangat penting untuk mendidik masyarakat mengenai penggunaan jalur lebar.

"Biarpun kita ada PEDi, kepada saya banyak lagi ruang perlu kita promosikan pusat ini supaya masyarakat datang dan gunakan ia secara intensif dan keseluruhan.

"Saya lihat inisiatif pewujudan PEDi ini sangat penting kepada rakyat dan ianya satu landasan penting untuk kerajaan membawa ramai masyarakat untuk menggunakan kemudahan jalur lebar khususnya dalam meningkatkan perniagaan dan diguna untuk sektor pendidikan," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat PEDi Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mesra di sini, hari ini.

Menurut beliau perkara ini sangat penting seperti yang sering beliau tekankan mengenai fokus kerajaan untuk meningkatkan infrastruktur perkhidmatan jalur lebar.

Katanya ia selari dengan komitmen kerajaan ingin membawa perkhidmatan jalur lebar ke seluruh negara dan memastikan semua rakyat negara ini ada akses jalur lebar.

"Kalau ada akses jalur lebar, sangat penting tahu cara menggunakannya. Jadi, soalnya bagaimana kerajaan melaksanakan program mendidik masyarakat dan memperkasa cara perniagaan menerusi perkhidmatan jalur lebar termasuk menerusi PEDi," katanya.

Selain daripada itu, katanya, perlu juga dilancar inisiatif dengan pihak sekolah di sekitar kawasan ada PEDi seperti ceramah di sekolah dan lawatan pelajar ke PEDi supaya mereka mengetahui kemudahan yang terdapat di pusat itu.

Dalam pada itu, Gobind berkata terdapat 117 PEDi di seluruh Sabah termasuk enam dalam kawasan daerah Sandakan.

Katanya lima PEDi yang terdapat di daerah ini termasuk sebuah di PPR Taman Mesra di bawah Parlimen Sandakan sudah beroperasi sepenuhnya, manakala sebuah lagi akan dilancar pada pertengahan tahun ini.

Menurut beliau terdapat permintaan daripada masyarakat untuk menambah jumlah PEDi di negara ini termasuk di Sabah.

"Saya rasa ini perkara yang kita lihat sekarang disebakan kita perlu faham dalam menjayakan pewujudan PEDi perlu ada kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan jalur lebar.

"Ianya perlu dikaji rapi dan pastikan bila didirikan satu PEDi, ia efektif dan ada peralatan cukup serta petugas," kata Gobind.

Sumber: http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1723884#.XNFK_yPdv7g

SEJARAH SK TANJUNG GEMOK

Sk Tanjung Gemok terletak 8 kilometer dari Pusat Internet Kg Pianggu, selain Sk Pianggu dan Sk Sarang Tiong. Sekolah Kebangsaan Tanjong Gemok, Rompin, Pahang dulu di kenali Sekolah MelayuTanjong Gemok telah di tubuhkan pada tahun 1945 (selepas tentera Jepun kalah).Pada asalnya pelajar bersekolah di endau yang hanya di pisahkan dengan sungai, namun setelah Jepun kalah dalam perang dunia II pelajar menumpang di pejabat Kinjogomi (pejabat jepun)1981 bangunan kayu di bina bagi menggantikan bangunan lama yang mereput dan roboh. Pada 1996 bangunan baru setinggi 3 tingkat telah di bina bagi memampung jumlah pelajar yang kian bertambah.