PROGRAM PINJAMAN NETBOOK

Program Pinjaman Netbook pada tahun 2017 diteruskan lagi kesinambungan dari tahun 2016. Pusat internet Kg. Pianggu telah memilih SMK Tanjung Gemok dan SK Pianggu bagi program pinjaman netbook ini. Pinjaman netbook hanya diberi kepada pelajar tertentu sahaja iaitu darjah 4,5 dan 6. Manakala, SMK Tanjung Gemok melibatkan pelajar tingkatan 4 dan 5. Setiap pinjaman yang dibuat akan direkodkan iaitu jumlah pinjaman dan no siri setiap netbook. Menurut para pelajar, program ini sangat bangus kerana banyak membantu mereka dalam menyelesaikan kerja- kerja kursus yang diberikan oleh guru. Malah dengan adanya Program Pinjaman Netbook ini dapat mengurangkan gejala lepak dikalangan pelajar sekolah.Diharapkan program ini dapat memberi manfaat kepada pelajar dan guru bagi memudahkan urusan mereka.

 

      

  ANTARA PELAJAR-PELAJAR YANG TERLIBAT DENGAN PROGRAM PINJAMAN NETBOOK DI SMK TANJUNG GEMOK

 

 

 

Pendidikan (sesuatu pelajaran yang didapati oleh seseorang murid ataupun pelajar) merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus, dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam: Pemberian pengetahuanpertimbangan dan kebijaksanaan. Salah satu asas matlamat pendidikan adalah untuk mengajar kebudayaan melangkaui generasi.

Pusat internet Kg Pianggu bekerjasama dengan sekolah-sekolah yang berdekatan dengannya bagi mencapai misi dan visi PI1M dalam menjadikan PI1M sebagai " ONE STOP DIGITAL CENTER" serta menjadikan pejalar celik ICT. Sekolah utama yang berdekatan dengan PI1M Kg Pianggu ialah SK Pianggu. Namun terdapat juga sekolah-sekolah lain sekitarnya seperti:

        SEKOLAH RENDAH

       •SK PIANGGU
SK SARANG TIONG
SK TANJUNG GEMOK
 
SEKOLAH MENENGAH
 
SMK TANJUNG GEMOK
SMK PONTIAN JAYA
 
PRA SEKOLAH/TADIKA
 
TADIKA KEMAS TG GEMOK
PRA SEKOLAH SK PIANGGU
TADIKA  KEMAS SARANG TIONG
 
Apa Itu My Skool
 
- Merupakan salah satu Modul didalam Program Dashboard
- My Skool bertujuan membantu pihak sekolah untuk berhubung terus dengan komuniti setempat
- Memberi kemudahan kepada pihak sekolah untuk memaklumkan sebarang aktiviti atau pengumuman.
- Makluman akan dipaparkan ke laman dashboard PI1M yang mana akan dibuka secara automatik oleh pengguna PI1M.
 
Kelebihan My Skool
 
- Program PI1M majoritinya daripada pelajar sekolah dan komuniti setempat
- Pengguna PI1M akan sentiasa melihat paparan Dashboard terlebih dahulu sebelum menggunakan komputer.
- Pihak sekolah tidak perlu mengisi borang pengumuman, hanya maklumkan sahaja kepada kami untuk diisi (whatapp,email & sms)
- Percuma
 
 
        
 
TAKLIMAT MY SKOOL DI PEJABAT PENDIDIKAN ROMPIN KEPADA GURU SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH