AKTIVITI YANG DIJALANKAN DI SK PIANGGU 2017

  • MAHLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR
  • PROGRAM PENYERAHAN ALAT TULIS
  • PROGRAM JOM KE SEKOLAH
  • KEJOHANAN MERENTAS DESA
  • PENYAMPAIAN WATIKAH PENGAWAS SEKOLAH & PENGAWAS PUSAT SUMBER
  • SARANA IBUBAPA SK PIANGGU

LOGO SK PIANGGU

logosk

BENDERA SK PIANGGU

bendera

LAGU SK PIANGGU

BERGERAK ARAH SATU TUJUAN

DENGAN SEMANGAT WAJA

BEKERJASAMA SENTIASA

MEMBANGUN NEGARA YANG TERCINTA

 

HIMPUNAN TENAGA KITA BERSAMA

MENGHADAPI CABARAN

LAKSANAKAN TUGAS KITA

BERUSAHA TENTU JAYA

 

HARAPAN KITA MENJADI NYATA

BERDISIPLIN DAN BERILMU

BERSATU PADU TAAT DAN TAKWA

ILMU ASAS KESEJAHTERAAN

 

TERUS MAJU SK PIANGGU

BERGANDING BAHU BERSAMA-SAMA

BERDIKARI, JAYA DIRI

AMALKAN NILAI YANG MURNI

 

VISI

PENDIDIKAN BERKUALITI

INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

MISI

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN

YANG BERKUALITI UNTUK

MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU

BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

MOTO

PENGURUSAN BERHEMAH

PENDIDIKAN BERHIKMAH

PENJANA AL-FALAH

FALSAFAH SEKOLAH

SEKOLAH INI MEMBUKA PELUANG SELUAS-LUASNYA

KEPADA MURID-MURID UNTUK MENGEMBANGKAN

KEBOLEHAN DAN POTENSI INTELEK, FIZIKAL, ROHANI DAN JASMANI

BAGI MENAMBAH ILMU, MENGUATKAN IMAN DAN MENCURAHKAN AMAL MEREKA

WAWASAN SEKOLAH

MEMBERIKAN PENDIDIKAN YANG TERBAIK

MELAHIRKAN INSAN YANG BERILMU, BERIMAN DAN

BERAMAL SOLEH

MELAHIRKAN INSAN YANG JITU DAN PATRIOTIK

MELAHIRKAN INSAN YANG SENTIASA BERSYUKUR DAN TIDAK LUPA DIRI

MAKLUMAT SK PIANGGU

NAMA : SK PIANGGU

ALAMAT : SK PIANGGU,26820 KUALA ROMPIN

NO.TEL : 09-4132058

WEB : skpianggu.blogspot.com

 

     

Pemandangan sekitar SK Pianggu

ASAL USUL SK PIANGGU

Sk Pianggu telah didirikan di pinggir Sg Endau berhampiran dengan Jeti Penambang. Pada tahun1914, sekolah ini telah dibuka dan ini merupakan sekolah ke -4 tertua di negeri Pahang. Bangunan asalnya diperbuat daripada papan dan beratap nipah. Besarnya sekadar memuatkan 35 orang pelajar dan 2 orang guru. Sekolah ini dibina atas inisiatif penghulu pertamanya yang bernama En. Sulaiman Bin Login yang merupakan cucu kepada Datuk Kuchong.

Selepas perang tahun 1947 SK Pianggu telah berpindah ke tapak baru. Bangunan ini diperbuat daripada papan dan asbestos serta boleh menempatkan seramai 67 orang pelajar dan 8 orang guru.

Pada tahun 1983 pihak Kementerian Pendidikan telah membina bangunan baru 3 tingkat bagi menampung keperluan disebabkan bilangan murid yang bertambah. Bangunan tersebut mengandungi 6 bilik darjah, 1 bilik pejabat Am dan sebuah kantin. Pada tahun 1994, penambahan lagi bangunan di SK Pianggu dan bangunan sedia ada sekarang.

 

 

 

sumber : skpianggu.blogspot.my

 

 

 

PROGRAM PINJAMAN NETBOOK

Program Pinjaman Netbook pada tahun 2017 diteruskan lagi kesinambungan dari tahun 2016. Pusat internet Kg. Pianggu telah memilih SMK Tanjung Gemok dan SK Pianggu bagi program pinjaman netbook ini. Pinjaman netbook hanya diberi kepada pelajar tertentu sahaja iaitu darjah 4,5 dan 6. Manakala, SMK Tanjung Gemok melibatkan pelajar tingkatan 4 dan 5. Setiap pinjaman yang dibuat akan direkodkan iaitu jumlah pinjaman dan no siri setiap netbook. Menurut para pelajar, program ini sangat bangus kerana banyak membantu mereka dalam menyelesaikan kerja- kerja kursus yang diberikan oleh guru. Malah dengan adanya Program Pinjaman Netbook ini dapat mengurangkan gejala lepak dikalangan pelajar sekolah.Diharapkan program ini dapat memberi manfaat kepada pelajar dan guru bagi memudahkan urusan mereka.

 

      

  ANTARA PELAJAR-PELAJAR YANG TERLIBAT DENGAN PROGRAM PINJAMAN NETBOOK DI SMK TANJUNG GEMOK